BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 16, 2014

I'm Back !

Assalammualaikum guys,,

Hai korang2, apa khabar ? Sihat ka ? Rasa dah lama tak update blog nie and tak review barang.. Maaf ya, sejak kebelakangan nie CB sibuk sangat.. Macam2 jadi, so CB pun tak update.. In sha allah, lepas nie CB akan cuba sedaya upaya update blog nie kay.. 1 more thing (cewah speking pulak) CB nak ucap HAPPY TEACHER DAY to all my teacher and friend.. Walaupun CB kejap ja jadi cikgu tapi CB enjoy sangat, and banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.. That all for today, see you again.. Bubye..

Thursday, February 20, 2014

Blemish Cream

Assalammualaikum guys,,

Today CB nak share 1 produk yang best untuk jerawat.. Sapa ada masalah macam nie ?


Masalah jerawat and suka picit ? Yes, kita geng.. CB pun bila nampak je jerawat tumbuh tangan nie gatai la nak main2 jerawat tue, bila ada depan cermin suka picit.. Lekat lah parut seketoi, nah ambik kau.. Nak hilang parut sangat la susah, guna Bio-Oil la macam2 ubat bagi hilang parut.Ambik masa sebulan jugak lah nak hilang. So now CB baru kenai dengan 1 produk, nie pun staf giffarine yang suggest pakai produk nie. 

Ini lah rupa dia :-



 Meminimumkan cela, garis halus dan kesan luka pada wajah. Mengembalikan kehalusan dan keserian pada wajah anda.





Cara nak pakai sebelum tido korang ambek setitik bubuh dekat jerawat then tido, besok korang akan rasa jerawat tue dah kecut balik, tak jadi naik.. CB dah tahu kalau nak period jerawat akan naik bukan 1 sekali naik 3biji terus, rasa macam timbul tue CB dah letak Blemish Cream awal2 lagi.. So jerawat tue terbantut lah kat citu.. Hehex..
Harga 1 tiup nie murah je, RM7.90 kot tak silap.. Murah kan ? Dari korang picit baik korang pakai bnda nie, parut pun tak ada.. That all today, Kay Bubye :)

Kelas Solekan Percuma

Assalammualaikum,

Hey guys,
Today CB nak bagitau CB akan buat kelas makeup pada 22/02/2014 (Sabtu), semua friend2 CB di jemput hadir, yang berminat pun boleh datang. 


Hope korang semua boleh datang, penyertaan percuma je.. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi nombor telepon diatas.. That all, Kay Bubye :)

Saturday, February 15, 2014

Foundation Magic Sponge

Assalammualaikum semua,

Rasa dah lama tak update blog nie, sejak akhir2 nie jadual padat sikit. Habis bersawang blog CB nie. Okeh, today CB nak review 1 sponge yang best bentuk dia ala2 " Pou " jugak. 

Meh kita usya sikit bentuk dia :



* Bila apply foundation tu, rasa smooth ja dan finishing yang sekata. Sebab kekadang bila kita pakai foundation menggunakan berus, finishing tu tak cantik sebab ada garisan halus (disebabkan berus). Kecuali korang pakai berus brand mahal.
* Lembut dan tak keras / kasar.
* Mempunyai bentuk flexible. Korang genggam lah banyak kali, tapi shape akan balik ke bentuk asal.
* Kotoran bekas foundation kat span tu boleh dibasuh dan span boleh dipakai balik.
* Mempunyai 2 kegunaan. Untuk apply foundation, dan face powder.

Satu Sungai Petani CB cari sponge nie tak dak jual, sampai ke Seperang jaya CB cari tak jumpa2 jugak. So search la kat google jumpa, yes so CB borong 5 terus dapat la harga 1 RM14.00, kalau beli 1 RM17.90 dekat < http://www.lazada.com.my/shop-makeup-accessories/?boosting=2&page=5 > . So sapa2 yang beli kat CB, CB jual 1 RM14.00 je yang kena post CB kena caj RM6.00 yang nie tak dak diskaun la. Hehex.. CB borong 5 tue sebab nak dapat harga murah je..
Okeyh, that all today.. Bubye :)

Tuesday, January 28, 2014

Keistimewaan Menjadi Ahli Giffarine

Assalammualaikum guys..

Okey, korang dah nampak title kat atas ? Baru2 nie ada sahabat2 CB tanya macam mana nak join Giffarine nie.. CB kan banyak review produk Giffarine, maaf ya CB pun lupa nak kenalkan korang ape tue Giffarine ?

Satu produk peruncitan yang menyediakan pelbagai produk dari hujung rambut sampai hujung kaki. Giffarine boleh diguna oleh peringkat bayi  hingga warga emas. Giffarine telah bertapak selama 4 tahun di malaysia dengan harga barangan yang berpatutan. Giffarine adalah perniagaan antarabangsa yang ke 50 di dunia.

Giffarine produk unggul menggunakan bahan semulajadi untuk kajian ilmiah dan pensijilan dan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan. Kesemua produk dikaji secara klinikal untuk keselamatan dan mengelak kesan sampingan. Menjadi produk yang diyakini dan terima oleh pengguna. Produk giffarine juga bermutu tinggi yang dihasilkan dengan Sijil dan teknologi bertaraf dunia dan mendapat Pensijilan Standard antarabangsa.


CB banyak guna produk nie untuk mekap costemor2 CB.. Ada jugak produk lain macam Maybelline, Kroyon, Mac and Estee Lauder.. Tapi boleh dikatakan 90% CB pakai produk dari Giffarine, sebab produk dia sangat memuaskan, sebab tue CB masuk ahli.. Produk kesihatan dia pun bagus, lebih kurang Amway beza nya produk nie lebih murah berbanding Amway.. Mak CB dulu duk amal produk Amway, so now dia dah pakai produk Giffarine mama cakap dia punya produk sama je..


Bukan CB je yang pakai product nie banyak jugak mak andam dan artis yang pakai jenama Giffarine nie seperti :-







Nak masuk ahli korang hanya perlu RM35.00 je untuk seumur hidup and korang akan dapat :-






Ape keistimewaan yang korang akan dapat kalau masuk ahli :-



Untuk maklumat lanjut korang boleh PM CB kat FB.. TQ :)





Dramatic Body Creator Cream

Assalammualaikum semua,

Today CB nak sharing dengan korang 1 produk yang CB guna hampir 3minggu lepas.. Produk nie dikhas kan untuk orang yang nak hilangkan selulit dan kurangkan gumpulan lemak kat badan. 


Macam nie :-


Masalah Selulit, nie bukan gambar selulit CB ye jangan salah paham, hasil carian google.. Hehex..


Masalah Abdoment, masalah nie selalu orang yang dah bersalin..



Lengan Besar atau orang kedah kata Melebeh..

Nak atasi ??

Pakai lah " Dramatic Body Creator Cream ".. 

Nie rupa dia :-





Krim rawatan selulit dengan ekstrak semulajadi. Cepat menyerap ke dalam kulit. Diaplikasi dari bahan-bahan bermutu tinggi seperti Kafien, Theophylne, Methylsilanol, Mannuvanate, Ekstrak Barli, Sweet Clover, Ivy, Butchebroom, Mushroom dan Lemon. Membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal serta mengurangkan pengumpulan (akumulasi) lemak. Selain itu, ia juga membantu kulit anda bebas dari parut atau tanda-tanda yang tidak diingini. Produk ini dikatakan dapat merawat selulit untuk tempoh yang singkat menerusi teknik sapuan yang betul. Ia juga mampu melembutkan kulit yang berlekuk dan membentuk kembali susuk tubuh yang menawan dengan mengecilkan bahagian tertentu pada badan.

CB dah guna 3minggu dah produk nie CB letak dekat paha, lengan and pinggul sebab CB memang ada masalah kat area tue.. Mula2 CB pakai sumpah memang tak yakin Mak CB beli pun sebab nak cukup kan dia punya PV, CB siap cakap kat Mak CB " macam pakai losyen je mama, tak rasa panas pun and tak rasa apa2 pun ", time tue CB pakai nak tidur.. Mak CB cakap ko try ukur tengok paha ko sekarang, CB pun ambek lah tali ukur and ukur 27inci..


Then keesokkan nak p keja dah lupa dah pasai cream nie, yelah tak yakin sangat buat ded je la.. So masa duk makan kat dapur mama tanya macam ne turun tak ? So ambek lah tali ukur nie, ukur punya ukur sumpah memang terkejut sangat kecik 1inci.. Hebat gila produk nie, sebelum nie CB pakai Seri Mas pun tak turun dalam masa sehari, seminggu baru nampak perbezaan. Lepas tue sebelum p keja terus lumoq 1 badan yela nak cepat kecik.. Hehex.. CB memang ada masalah selulit yang teruk.. Alhamdulilah, sekarang CB dah nampak berbezaan yang ketara. Kalau korang tak percaya sebelum cuba korang ukur dulu tanda kat mana sebelum pakai. Patut lah produk nie selalu tak dak stok rupa nya bagus.



Tekstur dia macam losyen, bila korang sapu korang akan rasa berpeluh sikit, tapi losyen nie tak panas langsung, pelik kan. Tapi korang jangan risau tak dak kesan sampingan yang penting halal dan diiktiraf.. Cara nak pakai korang tekan kulit dan tengok tahap selulit sama ada banyak atau sikit. Pastu korang sapu dan ratakan losyen tu kat bahgian yang mana korang nak kecik kan korang kena sapu dalam gerakan sapu dan picit. CB pakai time tidur and nak p keja. Harga produk nie nie RM55.20, kalau korang ahli Giffarine RM41.40. CB nasihatkan korang pakai and amalkan dengan senaman yang teratur dan diet yang seimbang, in sha ALLAH korang akan nampak result dia dengan cepat.. 


SELAMAT MENCUBA.. 

Kay Bubye :)




Monday, January 27, 2014

Pemenang Giveaway

Assalammualaikum semua,

Firstly CB nak mohon maaf sebab lambat umum nama pemenang, CB sibuk sangat sampai tak sempat nak update, okey PEMENANG GIVEAWAY untuk kali ini ialah :



  1. Amira Binti Husin
  2. Norizan Binti Abdul Hamid
  3. Syafifa Aqira Binti Isa

TANIAH !!

Tolong bagi detail alamat & nombor telefon dekat FB dengan kadar segera, TQ :)

Wednesday, January 22, 2014

Nuriz Palace Cafe

Assalammualaikum guys,

Hari nie CB nak story pasai Nuriz Palace Cafe, asyik review pasai kecantikan je boring la, kali nie CB nak review lain dari yang lain.. Baru2 nie CB and family CB sambut besday CB dan kakak CB kat Nuriz Palace Cafe.. First time CB jejak kaki kat situ, mama and kakak CB penah datang dah, padahal tak jauh pun dari rumah CB mungkin sebab CB tak terasa nak p pun, hehe.. Mama yang bagi cadangan nak sambut besday kat situ, so CB pun ikut je, dah mama nak belanja sapu je la.. 

Nie rupa Nuriz Palace Cafe, kat sini bukan boleh makan je tapi korang boleh buat spa, trement muka, hotel, sauna, makan and kenduri kahwin.. Itu yang special kat tempat nie..



Jum cuci mata tengok kek besday CB :)





Sebiji kek nie RM86.90 tak silap, sorry CB lupa nak snap resit dia.. Sangat sedap berperisa coklat.. CB beli kat Village Mall..


Nie CB and kakak CB, sesi memotong kek.. Macam pengantin pulak kami nie..


Besday girl :D


Muka tak sabar nak makan kek..


Yummi,, tak sabar nak makan..


Selamat Hari Lahir sis..


Kegilaan kami, biasa la nama pun adik kakak kan ?



Bersama ibuanda tercinta, thanks belanja mama..



Nie pulak sesi suap menguap, mengada betul .. hehex..



Kakak CB oder " Nasi Goreng Thai " rasa dia agak pedas2 sikit.. Kakak CB nie mmg suka makan pedas so kena la dengan dia..


" Nasi Goreng Cina " rasa dia sedap cuma keras sikit kalau makan dengan sup memang sedap tapi sayang sup tak dak..



Nie " Chau Ho Fun " rasa dia sedap cuma yang spoil carrot dia tak buang kulit nampak tak ade hitam2 cikit..


Dah separuh meja untuk 3orang makan..


Air sampai 5 padahal ada 3orang je, hehex..


Total semua RM27.50, bagi CB murah sebab tak lebih RM50.00.. CB bagi 3 bintang :D



tengok view kat belakang tue ada gambar2 owner kedai nie, owner dia Duta Kosmetik Nuriz yang famous tue nie lah kedai dia..



Pose dulu, view kat sini cantik sangat.. Korang boleh buat photoshoot jugak kat sini.. Cukup review CB
untuk hari nie.. Kay Bubye :)








Sunday, January 19, 2014

Giveaway !!!

Assalammualaikum semua,,

Today CB nak bagi hadiah untuk  3 pembaca setia blog CB.. 
Cara nya mudah saja :-


  1. Like FB nie https://www.facebook.com/Cikkbintang
  2. Paste link FB ( https://www.facebook.com/Cikkbintang ) tue kat wall korang
  3. Then jawab soalan ini " Berikan 1 Manfaat yang terdapat pada Spirina ? " 
Done ! Mudah kan ? 

Tarikh tutup 25 Januari 2014 

( 12.00 A.M )


Korang akan mendapat :-






Jeng3 ........



Aquara Essence Spray, semburan mineral dengan campuran mineral kompleks dengan ekstrak bunga lili ini membantu menyeimbangkan kulit, mengurangkan kesan dedahan kulit muka pada pencemaran sekeliling dan sinaran UV. Ia memberikan kelembutan kebersihan pada kulit serta menambahkan kelembapan supaya anda segar dan bersih sepanjang hari..

http://cikkbintang.blogspot.com/2013/12/aquara-essence-spray.html





Delisa Cosmetic Seaweed atau Rumpai Laut adalah tumbuhan laut semulajadi yang penuh dengan vitamin dan mineral yang amat baik untuk kulit kelihatan sihat dan jelita.Kerana pencemaran udara yang sangat tinggi, kulit sangat mudah terdedah kepada kerosakan seperti kulit kering, jerawat, ruam dan proses penuaan yg cepat.Penggunaan rumpai laut dapat menyuburkan, melindungi mengembalikan tahap kelembapan, penjanaan sel baru, memperbaiki tekstur, membersih dan mengekalkan kulit yang sihat.

http://cikkbintang.blogspot.com/2014/01/delisa-cosmetic.html