BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 31, 2013

Giveaway

Assalammualaikum guys,

Today CB nak bagi giveaway kepada 5 pembaca blog " Cikk Bintang "..



Caranya senang saja :-

 1- Kongsi Link " http://cikkbintang.blogspot.com/ " dekat FB korang dengan ayat yang menarik

2- Dan tag dekat FB CB " https://www.facebook.com/Cikkbintang "

DONE !

Senang kan ??

Hadiah misteri menanti anda




tarikh tutup 10.01.2014 
12 malam

GOOD LUCK :)

Sunday, December 29, 2013

Conselor

Selamat Petang guys,,


Korang semua sihat tak ? CB doakan semua friend2 CB sihat2 belako.. Maaf CB lama tak update blog, al maklum lah bulan 12 nie banyak kenduri and banyak jugak lah job yang CB dapat, syukur alhamdulilah.. Okeyh today CB nak buat review pasai " Conselor ".. Ramai yang tanya CB mcam mana nak tutup parut jerawat.. Conselor lah penyelamat korang dari nampak parut2 kat muka.. Sapa cakap conselor tak penting ? 




Ini adalah Conselor favorite CB jenama MAC..


CB pilih warna C25 warna cerah.. Yang penting ada SPF..


Dah separuh CB guna, dah lama dah CB pakai Conselor nie more or less 2 year lah tak silap CB.. Lama kan ? Sebab CB suka tekstur dia yang likat and senang nak blend kat muka, just dap2 je..


Tengok nampak likat kan ? Memang conselor nie likat sangat.. Kalau korang nak apply kat muka CB nasihatkan korang guna brush tau baru nampak cantik.. Korang letak je kat mana korang rasa nampak parut hitam2 or jerawat ke, letak je in sha allah tak kan nampak.


My Opinion :-

Cara korang nak apply korang pakai toner, sunblock, foundation and baru korang letak conselor nie.. Banyak lagi jenama conselor yang bagus yang korang boleh pakai macam koyes, maybelline, essence tapi CB pilih MAC sebab CB rasa MAC yang sesuai untuk CB.. Kat mana nak dapat conselor nie ? Korang boleh cari dekat kedai2 yang juai barang MAC, harga RM12.00.. Kay Bubye :)

Monday, December 23, 2013

Solid Perfume

Assalammualaikum guys,

Entry untuk kali nie CB nak review pasai Solid Perfume, Solid Perfume ?? Korang pernah dengar tak ? Tak penah ?? Okey meh kita baca cikit ape itu Solid Perfume :



Inovasi baru wangian padat berasaskan krim dan beraroma lembut ini dapat memberi kesegaran berpanjangan. Lembut pada kulit dan selamat digunakan. Terdapat 4 pilihan wangian yang hebat iaitu Grace, Jevalin, Artemis & Elves.


My Opinion :-

Ini adalah perfume berbentuk krim, sesuai untuk lelaki dan wanita. cuma bubuh kat nadi tangan dan leher. Korang akan rasa haruman berpanjangan. Semua wangi2, CB pilih Jevalin sebab CB suka sangat bau dia. Tekstur nya yang lembut, tak melekit dan halus memang sesuai untuk lelaki dan wanita. Bekas nye yang kecil boleh letak kat dalam poket je senang untuk dibawa kemana2.. Harga untuk perfume nie RM11.30, murah kan ? Kalau korang nak rasa kelainan boleh lah oder. Kay Bubye :)

Sunday, December 22, 2013

Makeup Workshop ( January 2014 )

Assalammualaikum sahabat2 sekalian,

Okey, ramai yang inbox, mesej, call, whatsapp CB tanya bila nak buat kelas mekap lagi ? sabar2, bukan CB tak nak buat cuma CB agak sibuk sikit. Now CB nak bagitau tarikh next kelas mekap untuk bulan January : 


Tempat adalah terhad, sesiapa yang berminat boleh call CB kat nombor di atas atau terus inbox CB kat FB ( https://www.facebook.com/Cikkbintang ) Thanks you atas support korang, love u all.. Kay Bubye :)

BB Cream Gold Mistine

 Assalammualaikum guys,

Hari nie CB nak sharing pasai bb cream gold mistine, korang penah dengar tak BB cream nie ? Zaman sekarang berlambak2 BB cream kat supermarket, internet even pasar malam pun ada jual. So CB pun gatai jugak nak try pakai BB cream, then kawan CB syorkan CB pakai BB cream yang nie. Meh kita baca sikit kelebihan BB cream gold mistine nie.


Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak

Inovasi mousse BB terbaru dari Korea ini memberikan sentuhan lembut seperti sutera pada kulit. Ia akan mengering dengan selesa dan meliputi kulit dengan kawalan minyak sempurna.

Formula ini menggabungkan Light & Smooth Powder Technology yang memberikan kesan lembut, bebas kedutan dan licin pada kulit. Turut diperkaya Perlindungan UV dengan SPF25 PA++.


Kelebihan krim ini:

- Dapat mengawal minyak pada kulit wajah
- Krim yang tidak melekat
- Diperkaya dengan SPF25 PA++
- Mudah disapu ke kulit
- Tekstur yang sesuai untuk semua warna kulit Asia
- Menjadikan wajah lebih berseri dan licin
- Menjadikan kulit nampak lebih sihat, segar dan sempurna
- Melindungi kulit dari cahaya matahari 30 kali lebih lama dari krim biasa

Berat: 15 gram



-Krim muka 8 dalam 1,sebagai pengganti kepada compact,foundation,sunblock dll.
-Boleh juga menutupi kesan2 hitam dimuka
-Sesuai juga utk warna kulit yang tak rata
-Boleh memudarkan dan seterusnya menghapuskan jerawat dan jeragat yang ada sedikit demi sedikit.
-Mempunyai KESAN YANG BERGANDA berbanding BB Cream biasa


My Opinion :-

Bagi CB BB cream nie okey sangat sesuai untuk korang nak ke tempat kerja or ke kelas ke, BB cream nie sangat sesuai dengan korang. Tekstur BB cream nie halus sangat yang peting tak berminyak. Muka CB jenis yang berminyak sebab tue CB kena cari produk yang tak berminyak. BB cream nie ada SPF, ini pun penting jugak untuk kulit agar tak nampak gelap bila terkena cahaya matahari. Cara CB pakai BB cream nie mula2 CB pakai toner, spray aquara ( http://cikkbintang.blogspot.com/2013/12/aquara-essence-spray.html ), pelembab ( http://cikkbintang.blogspot.com/2013/12/active-young-uv-sunscreen-lotion.html ) baru CB apply BB cream nie, last sekali bubuh bedak. Senang kan ? Okey, harga BB cream nie RM35.00 je. Tahan untuk sebulan, ikut cara penggunaan jugak. Stakat nie je review CB untuk hari nie. 

Penangan " BB Cream Gold Mistine "



Kay Bubye :)

Friday, December 20, 2013

Giffarine Light Make-Up Foundation

Selamat Malam guys,

Today CB nak sharing pasai Foundation favourite CB. CB dah lama dah pakai Foundation nie, tak silap dah dekat setahun. Ape yang best pasai Foundation nie, meh kita usya2 :-


Giffarine Light Make-Up Foundation :
Krim yang lembut ini menyerap pantas untuk kesan yang semulajadi. Vitamin E menjadikan kulit sentiasa lembut, halus dan lembap. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Bedak asas merupakan elemen penting dalam solekan agar solekan tahan lebih lama. Berkesan untuk meminimakan penampilan garis2 halus. Ianya bertekstur lembut dan patas menyerap pada wajah untuk memberikan kesan yang semulajadi. Diaplikasikan daripada Vitamin E yang menjadikan kulit lebih lembut, halus dan lembap. 

Cara Penggunaan :

Sapu dan ratakan krim perlindungan UV kemudian sapukan bedak asas ini pada seluruh muka dan ratakan muka dengan sapuan bedak padat.

My Opinion :-



CB pakai warna yang agak cerah (MF1), Foundation nie ada 2 warna, satu lagi warna agak sedikit gelap (MF2). Pemilihan Foundation pun penting tau, jangan suka2 hati korang ja ambek Foundation. Foundation pun kena ikut warna kulit, ada paham ka adik manis ? Kenapa CB pilih Giffarine Light Make-Up Foundation ? Sebab CB suka tekstur colour dia, sama dengan kulit CB nampak nature je bila pakai, Foundation pun tahan lama and bila kena matahari kulit CB tak nampak gelap or kelabu. Foundation nie halus je, korang boleh tengok kat gambar tue  yang nombor 1 hasilnya bila CB dah gosok kat kulit, nampak nature and halus kan ? okey, harga untuk Foundation nie RM20.90, tahan untuk 2bulan ikut cara penggunaan jugak, berbaloi tak ?? Hehex.. 

Ini lah hasilnya selepas menggunakan Giffarine Light Make-Up Foundation :D


Kay Bubye :)

Thursday, December 19, 2013

Tips Penjagaan Kulit

Assalammualaikum guys,



Zaman sekarang semua nak cantik kan ? Tipu lah kalu korang cakap tak nak cantik kan ? For today CB nak share dengan korang pasai Penggunaan Produk Untuk Semua Jenis Kulit. Okey, jum kita tengok :-


Faktor utama yang perlu dipertimbangkan :
  1. Umur
  2. Jenis kulit
  3. Jenis produk kosmetik yang selalu digunakan dan persekitaran cara hidup korang seperti bekerja di luar atau dalam bilik berhawa dingin.
Penjagaan kulit secara umum :
  1. Memilih produk yang tepat dan sesuai dengan umur dan jenis kulit anda.
  2. Elak menggunakan skrub muka yang terlalu kasar terutamanya kulit sensitive, mempunyai masalah jerawat yang teruk dan di bawah rawatan khas kulit. Ia boleh merosakkan kulit muka dan menggalakkan pengeluaran melanin.
  3. Bagi mereka yang menjalani rawatan intensif masalah jerawat dan menggunakan produk lain.
Korang dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk tersebut sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum menggunakan produk yang lain. Jika kulit wajah korang berubah menjadi gelap atau ruam berhenti menggunakan produk tersebut kerana kesan " rebound " yang akan hilang secara semulajadi selepas 1-2 bulan.
  1. Elakkan memicit jerawat semasa rawatan, ia secara langsung menggangu proses rawatan dengan peluang jangkitan yang tinggi dan menukar proses rawatan.
  2. Jika wajah korang mempunyai masalah jerawat dan jeragat, diingatkan supaya menggunakan produk jerawat dahulu dan elakkan menggunakan rawatan wajah lain pada masa yang sama.
  3. Kepada mereka yang mempunyai masalah kulit kombinasi, pertimbangkan tip-tip untuk produk kosmetik :
  • Gunakan produk untuk kulit kering di sekitar mata, kawasan luar pipi (berdekatan telinga)
  • Gunakan produk untuk kulit berminyak di sekitar dahi, hidung dan pipi (berdekatan telinga)


"petikan ini hasil dari kajian DR. NALINEE PAIBOON seorang pakar kulit"



Wednesday, December 18, 2013

Mask Shiseido ( Putih )

Assalammualaikum sahabat2 sekalian,




Today CB nak review pasai Mask Shiseido yang warna putih, hari tue CB ada wat review pasai Mask Shiseido warna hitam ( http://cikkbintang.blogspot.com/2013/12/mask-shiseido.html ) now CB nak review mask warna putih plak. Fungsi mask nie lebih kurang sama je, cuma beza warna mask nie je. jom kita tengok perbezaan antara mask warna putih dan hitam.

Shiseido Blackhead Remover Mask sangat disarankan kerana berfungsi untuk membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka.
Sheseido Black Mask berkesan utk memulih, mencerah, menghalus, melembut, mengatasi masalah kulit gelap/tak sekata, kesan terbakar, mengecutkan jerawat2 halus ,menyerap minyak 3x lebih berkesan, membantu membuang bintik2 hitam /putih diwajah, juga menghaluskan liang2 roma terbuka. Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



CARA PENGUNAAN:-

- Bersihkan wajah terlebih dahulu.


- Sebaik baiknya steam kan wajah dengan air panas selama  sekurang-
kurangnya 10 ~ 15 minit. Ini bertujuan utk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan jeragat.

- Biarkan wajah kering baru sapu mask.

- Tunggu selama 30 minit / hingga mask kering baru tarik mask perlahan-
lahan.

Anda akan dapat rasakan yang bintik bintik hitam tu ditarik keluar dari wajah anda !



My Opinion :-

okey, bagi CB perbezaan antara warna putih and hitam CB lebih suka pakai warna putih sebab warna putih mengeluarkan banyak bintik2 hitam dari warna hitam cuma masa nak tarik tue lebih sakit dari warna hitam. Kekurangan mask putih nie kena bubuh banyak2 kali, sebab bubuh nipis2 tak nampk kesan. Harga mask nie sama je dengan mask hitam tue RM1.00.. itu je review untuk hari nie. Kay bye :)

It About Cikk Bintang

Assalammualaikum guys,,



Hari nie CB nak story serba sikit pasai CB. Mesti korang pelik kan tetiba je CB nie muncul, datang dari planet mana kan. Hehex.. Okey, nama sebenar CB " SHAH ISMARLIATI BINTI ISMIL " mesti korang pelik mai mana la nama CB tue kan CB tue bermksud Cikk Bintang. Kenapa letak nama Cikk Bintang ?? Sebenar nya banyak maksud "Cikk Bintang" tue, nanti CB story ekk ape maksud dia. CB berasal dari Sungai Petani, Kedah. Umur CB korang agak2 berapa ?? Co teka tengok ?? Hehex.. CB baru 20tahun, 10/01/2014 baru lah cukup 21tahun ( yey, dah boleh mengundi )..  CB sekarang bekerja di MAA TAkaful Berhad di Sungai Petani sebagai Kerani je dah 2tahun dah CB berkhitmat kat situ.. CB juga buat part time mekap untuk majlis konvo, tunang and kahwin tapi untuk tahun 2013 dah full, untuk tahun 2014 pulak kay.. CB seorang yang periang, peramah, manja, cemburu and suka kan budak2.. CB dah lama dah buka blog nie dari tahun 2011 tapi tak penah aktif pun, mai tahun nie tetiba rasa nak update balik.. Tujuan CB buat bog nie untuk share dengan korang ilmu yang CB ada, CB pun tak lah pandai sangat, CB pun masih belajar.. In sha Allah ape yang CB tau CB akan share dengan korang.. Cita2 CB nak buka SPA untuk sahabat2 CB, in sya Allah kalau ada rezeki.. Bagi sesiapa yang support CB and baca post2 CB Terima Kasih sangat2.. CB hargai, tanpa support korang sapa lah CB kan.. CB rasa itu je kut story pasai diri CB, tak dak apa yang menarik pun pasai CB nie..  Kay Bubye :)

Tuesday, December 17, 2013

Kelebihan Gula

Assalammualaikum sahabat2 sekalian,

Okey, korang nampak tak entry hari nie pasai GULA. Today CB nak share pasai kelebihan gula pada wajah. Korang jangan ingat gula hanya penyebab masalah korang but gula juga penyumbang dalam kesihatan contohnya gula berfungsi memberi tenaga pada badan. Okey, jum tengok tips yang CB nak share pada korang.


Skrub Gula :-

Korang penah dengar tak skrub gula ? okey, tekstur gula yang agak kasar dan berbiji kecil boleh membantu menyingkirkan kulit mati pada muka. Cara nya korang campur bersama masker pas tue korang gosok2 kat muka dengan perlahan2 selama beberapa minit.

Kulit Berminyak :-

Gula mengandungi asid Glycolic dan Hydroxy Acid Alfa yang boleh menbantu korang dalam keseimbangan minyak pada muka.



Pelembut Kulit :-

Untuk pelembut kulit pulak kita pakai gula merah yang dicampurkan dengan masker. Gula merah dapat menyingkirkan kotoran pada muka korang.


SENANG TAK ??

SENANG KAN..

SELAMAT MENCUBA :)

Monday, December 16, 2013

Mask Shiseido


Hari nie CB nak kongsi sikit pasai mask favorite CB, korang tengok nama and gambar mask nie pun korang tau kan sebab mask nie tengah meletup2 sekarang nie kan ? termasuk CB pengguna setia mask nie. okey jom kita baca mask nie diperbuat dari apa, tak kan korang nak terus pakai tanpa mengaji dulu produk nie diperbuat dari apa, bgus ke tak kan ?

Shiseido Black Mask merupakan masker lumpur yang berwarna gelap. Berbeda dengan jenis masker lumpur lainnya, masker yang satu ini memang berwarna gelap, namun hasilnya sudah tidak diragukan lagi, karena banyak sekali manfaat yang dihasilkan dari Shiseido Black Mask ini terutama dalam mengangkat komedo dan sel kulit mati di daerah hidung.
Shiseido Black Mask terbuat dari bahan-bahan yang berkualitas yang memiliki banyak sekali kandungan mineral yang sangat baik untuk kulit, serta kandungan lainnya yang alami dan tentu saja tidak akan memberikan efek buruk untuk kulit.
Shiseido Black Mask merupakan produk kecantikan yang diproduksi di Jepang, dengan menggunakan bahan-bahan yang alami sehingga Shiseido Black Mask dapat menghasilkan banyak manfaat seperti berikut ini.
Manfaat Shiseido Black Mask
  • Shiseido Black Mask mampu mengangkat komedo yang membandel
  • Sangat efektif untuk mengecilkan pori pori kulit wajah sehingga kulit wajah menjadi jauh lebih halus
  • Dapat mengangkat sel-sel kulit mati
  • Sangat efektif menghilangkan minyak pada wajah dan mengontrol kadar minyak pada kulit wajah
  • Dapat membantu membuat kulit wajah jauh lebih cerah
  • Dapat menyamarkan dan menghilangkan noda hitam yang di akibatkan paparan sinar matahari serta noda hitam bekas jerawat
  • Meremajakan kulit, sehingga akan lebih fresh dan lebih kencang
Itu adalah beberapa manfaat yang di hasilkan dari penggunaan Shiseido Black Mask. Untuk mendapatkan hasil yang optimal, dapat menggunakannya secara rutin 2 sampai 3 kali dalam seminggu dan rasakan manfaatnya.
* Now korang dah tahu kan shiseido mask diperbuat dari apa and manfaat dia kan ? okey meh kita tengok pulak cara penggunaan mask nie.
Cara penggunaan Shiseido Black Mask
  1. Langkah yang utama adalah dengan mencuci muka hingga bersih, untuk mendapatkan hasil yang optimal sebelumnya dapat menggunakan air hangat untuk mencuci muka. Penggunaan air hangat ini bertujuan untuk membantu membuka pori-pori pada wajah, sehingga Shiseido Black Mask akan lebih mudah untuk menyerap dan dapat lebih efektif bekerja
  2. Setelah mencuci muka, keringkan dengan handuk bersih dan oleskan Shiseido Black Mask secara merata ke seluruh bagian muka. Hindari daerah lingkaran mata, alis dan juga bibir
  3. Biarkan dan tunggu hingga 30 menit. Jangan banyak menggerakkan wajah ketika menggunakan masker, karena hal tersebut dapat membuat hasil tidak optimal
  4. Setelah 30 menit dan masker kering, angkat masker dari bagian ujung masker perlahan
  5. Bersihkan dengan handuk basah perlahan hingga bersih
Mudah sekali bukan untuk cara penggunaannya? Anda dapat melakukannya sendiri dan mendapatkan hasil yang memuaskan dengan melihat perubahan wajah anda yang semakin cerah, tanpa komedo dan semakin kencang sehingga anda tampak jauh lebih awet muda.

                                My Opinion :-

CB dah pakai produck nie hampir 3bulan, so far produck nie tak penah bagi apa2 masalah kat CB. CB selalu pakai seminggu sekali, sebab CB malas nak duduk depan cermin lama2, hehex. kalau korang yang jenis rajin belek muka kat cermin okey CB surgest korang pakai 2kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang cepat. masa nak buang mask nie korang kena sabar bnyak2 ye sebab sakit sikit nak tarik mask nie keluar. bila selalu pakai sakit tue dah kurang sikit. Okey, harga mask nie murah je RM1.00 sekeping. Murah kan ?? adik2 yang masih sekolah pun boleh beli. 1 keping tue CB selalu pakai 2kali. kat mana nak beli ?? Merata ada juai kat FB, Intagram, Kedai Jamu, Out0wn and Pasar Malam pun ada juai.. Kay Bubye :)

Active Young UV Sunscreen Lotion


Lindungi kulit muka anda daripada sinaran UVA dan UVB yang merosakkan kulit anda. Ia mengandungi Vitamin E dan Pelembap untuk menambahkan kelembutan dan kesegaran kulit wajah.


Cara Penggunaan : Sapu krim pada seluruh muka dan leher setiap pagi.



My Opinion :-


Okey, CB dah guna produk nie hampir 2bulan so far okey la. Krim nie wangi dan tahan lama, yang paling best krim UV nie tak berminyak and tak meleket, then krim nie juga lembut dan cepat kering cuma krim nie agak sedikit cair. Harga krim nie murah je RM10.70 je.. What tak percaya ? Serius CB tak tipu, RM10.70 je. So, tunggu ape lagi oder cepat, sementara stok masih ada.. Kay Bubye :)

Monday, December 2, 2013

Aquara Essence Spray




Semburan mineral dengan campuran mineral kompleks dan ekstrak bunga lili ini membantu menyeimbangkan kulit. 

Mengurangkan kesan dedahan kulit anda pada pencemaran sekeliling dan sinaran UV. 
Ia memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit serta mengawal minyak dan menambahkan kelembapan supaya anda terasa segar dan bersih sepanjang hari.
Sesuai dispray selepas selesai mekap atau selesai berbedak atau selepas pakai foundation atau sunblok. Jika selepas berbedak, bedak akan tahan lama tanpa bertapuk dan kulit akan kelihatan bersinar tapi bukan berminyak. Wajah akan kelihatan lebih berseri.
Allantoin( Ekstrak Tumbuhan) berupaya merawat kulit yang berjerawat, dan melindungi dari pancaran matahari.


My Opinion :-

Produk nie CB baru je pakai, setakat nie alhamdulilah okey sangat, sebelum nak guna korang goncang dulu then baru sembur, pakai sebelum dan selepas korang mekap. Korang akan rasa segar je, then bila korang pegang muka pun mekap tak tertanggal, kan tangan kita lembap then bila kita pegang muka ofcouse la akan nampak kesan kan. kalau korang ada masalah macam CB, produk nie sesuai untuk korang. Lelaki and perempuan pun boleh pakai untuk dapatkan kesegaran. Harga RM18.90 je. Kay Bubye :)