BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 19, 2013

Tips Penjagaan Kulit

Assalammualaikum guys,



Zaman sekarang semua nak cantik kan ? Tipu lah kalu korang cakap tak nak cantik kan ? For today CB nak share dengan korang pasai Penggunaan Produk Untuk Semua Jenis Kulit. Okey, jum kita tengok :-


Faktor utama yang perlu dipertimbangkan :
  1. Umur
  2. Jenis kulit
  3. Jenis produk kosmetik yang selalu digunakan dan persekitaran cara hidup korang seperti bekerja di luar atau dalam bilik berhawa dingin.
Penjagaan kulit secara umum :
  1. Memilih produk yang tepat dan sesuai dengan umur dan jenis kulit anda.
  2. Elak menggunakan skrub muka yang terlalu kasar terutamanya kulit sensitive, mempunyai masalah jerawat yang teruk dan di bawah rawatan khas kulit. Ia boleh merosakkan kulit muka dan menggalakkan pengeluaran melanin.
  3. Bagi mereka yang menjalani rawatan intensif masalah jerawat dan menggunakan produk lain.
Korang dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk tersebut sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum menggunakan produk yang lain. Jika kulit wajah korang berubah menjadi gelap atau ruam berhenti menggunakan produk tersebut kerana kesan " rebound " yang akan hilang secara semulajadi selepas 1-2 bulan.
  1. Elakkan memicit jerawat semasa rawatan, ia secara langsung menggangu proses rawatan dengan peluang jangkitan yang tinggi dan menukar proses rawatan.
  2. Jika wajah korang mempunyai masalah jerawat dan jeragat, diingatkan supaya menggunakan produk jerawat dahulu dan elakkan menggunakan rawatan wajah lain pada masa yang sama.
  3. Kepada mereka yang mempunyai masalah kulit kombinasi, pertimbangkan tip-tip untuk produk kosmetik :
  • Gunakan produk untuk kulit kering di sekitar mata, kawasan luar pipi (berdekatan telinga)
  • Gunakan produk untuk kulit berminyak di sekitar dahi, hidung dan pipi (berdekatan telinga)


"petikan ini hasil dari kajian DR. NALINEE PAIBOON seorang pakar kulit"



No comments:

Post a Comment